PRS SMK Sri Tebrau
Kaedah Pemilihan PRS

Wednesday, 31 October 2012 @ 09:40 | 0 Comment [s]


Pemilihan murid-murid PRS adalah melalui beberapa kaedah antaranya :

1.       Mengiklan dan mempelawa permohonan murid melalui pengumuman semasa perhimpunan sekolah, kempen dari kelas ke kelas atau poster dan maklumat papan notis.

2.       Menyediakan borang permohonan untuk proses pemilihan.

3.       Mengadakan sesi temuduga untuk mengenalpasti calon-calon yang sesuai.

·         Pemilihan melalui rakan sebaya
·         Pemilihan melalui Pengetua / Penolong Kanan dan guru-guru
·         Pemilihan melalui Guru Bimbingan dan Kaunseling
·         Pemilihan oleh PRS yang berpengalaman
·         Pemilihan dari kalangan murid yang mempunyai rekod salah laku disiplin
·         Pemilihan secara objektif – melalui penggunaan alat-alat pengukur yang sedia ada seperti ujian-ujian personaliti, sikap, kerjaya, minat dan konsep kendiri

Kriteria Pemilihan PRS

@ 09:39 | 0 Comment [s]


Antara ciri-ciri murid yang boleh dipilih sebagai PRS di sekolah adalah seperti berikut:

1.       Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik.
2.       Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan, memahami, menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima tanpa syarat, jujur dan tulen).
3.       Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri.
4.       Terampil dalam aspek akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan spiritual.

Definisi & Rasional

@ 09:38 | 0 Comment [s]


Definisi

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

Rasional

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat ‘murid membantu murid’ merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

·         Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
·         Bertambah masalah salahlaku dalam kalangan murid. Murid memerlukan bimbingan dan perhatian PRS sebagai khidmat sokongan.
·         Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.

Sejarah Perkembangan PRS

@ 09:37 | 0 Comment [s]


Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.

Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya, SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986.

Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang, Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.

Rentetan daripada laporan tersebut, satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri serta semua Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling.

IPPN (IAB) tetlah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang relevan untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih Guru Bimbingan dan Kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.

Pada 9 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua Sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang) dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulai Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.

Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul telah diadakan di IAB. Pada Perasmian Program Kepimpinan PRS Kebangsaan di Hotel KL Plaza, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2008 yang disempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Razali Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Pengasas PRS, iaitu Pn. Zuraidah bt Abdul Rahman telah diberi penghormatan memperkenalkan vest rasmi PRS, logo serta lagu PRS.

Hari Raya Aidiladha

@ 08:54 | 0 Comment [s]




Definisi Hari Raya Aidiladha ialah haji dan korban, dua ibadah yang dijalankan di bulan Zulhijjah memberikan seribu satu makna dan hikmah bagi mereka yang memikirkannya. Bagi yang memiliki kemampuan dan diizinkan Allah menjadi tetamuNya di Tanah Haram, pastinya ia merupakan satu memori yang menjadi kenangan abadi. Bagi yang belum diizinkan Allah untuk ke sana, sambutan Aidil Adha disambut dengan meriah di setiap ceruk rantau populasi masyarakat Muslim di dunia.

Pada 26 Oktober 2012 bersamaan 1433 hijrah, sekolah kami mengadakan penyembelihan lembu di surau yang berhampiran. Hampir 30 orang murid dan 15 orang guru hadir bagi memeriahkan majlis. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan. Selepas itu kami mengagihkan sebahagian daging tersebut kepada penduduk yang berhampiran. 

Pada keesokan harinya, kami mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di sekolah kami. Kami bergotong-royong untuk menyediakan hidangan. Setelah selesai, kami makan bersama-sama di dewan sekolah. Kemudian, kami mengemas semula dewan dan bersurai pada pukul 9.00 malam. Kami berharap majlis ini diteruskan untuk tahun hadapan dan tahun seterusnya.


Awal Ramadhan

@ 08:53 | 0 Comment [s]



Pada 10 Ogos 2012 telah diadakan majlis berbuka puasa dari pukul 6.35 hingga pukul 9.00 malam. Majlis itu juga dihadiri oleh pengetua sekolah kami iaitu Puan Hajah Habibah binti Dol. Kami dihidangi pelbagai makanan dan minuman yang lazat seperti kuih muih, nasi beriyani dan teh'O suam.

Selepas berbuka puasa, kami semua mengadakan solat hajat bagi pe;lajar yang akan mengambil Penialaian Menengah Rendah(PMR) pada tahun ini. Tidak dilupakan juga untuk para pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia. 

Setelah selesai, kami mengadakan aktiviti penyampaian hadiah bagi para pemenang yang memenangi acara yang dianjurkan semasa bulan Ramadhan. Kami bersurai pada pukul 9.00 malam.

Galeri sekolah

@ 07:52 | 0 Comment [s]


Kawasan Letak Kereta Sekolah


Pembimbing Rakan Sebaya SMK Sri Tebrau


Pengiktirafan Daripada Iskandar Region Development Authority


Ujian Minat Kerjaya Bagi Pelajar Tingkatan 5




Logo

@ 07:41 | 0 Comment [s]


WARNA

Biru (Prussian Blue) dan Merah (Carmine Red) adalah warna Negeri Johor

Biru melambangkan perpaduan kaum dan semangat bekerjasama di kalangan warga sekolah serta keharmonian hidup

Merah melambangkankan ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran hidup dan keberanian menerima tanggungjawab

Kuning merupakan lambang Kedaulatan Negeri Johor dan melambangkan kemurnian dan ketulusan hati sebagai insan mulia

IKON

Kalungan Bunga mencerminkan kesuburan para pelajar melalui pelajaran, pengetahuan dan pendidikan mencapai kemuncak yang tinggi dan sempurna

Roda dan Huruf 'S' mencerminkan Sains dan Teknologi

Buku mencerminkan pelajaran dan pengetahuan

MOTO

Berilmu
Sentiasa berusaha menimba ilmu yang sesuai dengan keperluan diri dan negara supaya dengan keperluan diri dan negara supaya dapat mempertingkatkan jati diri dalam mengharungi kemajuan sains dan teknologi

Berbakti
Bersedia mencurahkan ilmu untuk kebaikan bersama, sama ada untuk sekolah, masyarakat atau negara. Di samping itu sanggup berkorban demi cinta terhadap bangsa dan negara pada setiap masa


alamat sekolah

@ 07:28 | 0 Comment [s]


ALAMAT

SMK Sri Tebrau
Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau,
80050 Johor Bahru, Johor
No.Tel : 07-333 3845 Fax : 07-333 8485

LOKASI



maklumat sekolah

@ 07:27 | 0 Comment [s]


LATAR BELAKANG & SEJARAH

SMK Sri Tebrau merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan yang membangun pesat di Iskandar Malaysia iaitu di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini secara rasmi telah dibuka pada 1 Januari 1984 dan telah diterajui oleh 8 orang pengetua sehingga sekarang.

Dengan keluasan sebanyak 8 ekar ketika dibuka, SMK Sri Tebrau hanya mempunyai 3 buah blok yang mengandungi 10 buah bilik darjah, 2 bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), 3 makmal sains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak. Pada tahun 1987, kemudahan sekolah ini telah ditambah dengan sebuah blok yang mengandungi 10 bilik darjah dan sebuah blok untuk 3 bilik makmal Sains Tulen. Pembinaan sebuah gelanggang serbaguna dan sebuah tempat letak kereta telah dibina pada tahun berikutnya.

Pembangunan sekolah tidak berhenti di sini sahaja. Ini terbukti apabila pada tahun 1990, sebuah blok dengan kapasiti 8 bilik darjah telah dibina dan perluasan ruang kantin dilakukan untuk kemudahan warga SMK Sri Tebrau. Pada tahun yang sama juga, sebuah tempat menunggu bas di Jalan Cokmar 5 yang ditaja oleh Kelab Rotary Tebrau dibina di hadapan sekolah manakala sebuah dewan terbuka telah ditaja oleh PIBG SMK Sri Tebrau dan anggota Regimen Askar Melayu Di-Raja Batalion 15 Kem Majidee.Pada tahun 1994, setiap Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab di SMK Sri Tebrau telah diamanahkan sebuah taman angkat untuk diuruskan bagi mencantikkan kawasan sekolah. Sebuah blok 3 bilik darjah juga telah dibina sekitar tahun 1995 dan dewan terbuka telah diubahsuai menjadi dewan tertutup. Pada tahun berikutnya, pagar di hadapan sekolah telah diganti baru hasil sumbangan Kelab Rotary Tebrau.Sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan sekolah, sudut bacaan dan taman koperasi pada tahun 1997 manakala tahun 1998 Kelab Rotary Tebrau sekali lagi menaja bagi pembinaan laluan pelajar dari Pintu Pagar B ke kantin.

Pada tahun 1999, sudut bacaan pula dibina untuk dijadikan perpustakaan baru yang lebih besar dan selesa untuk pelajar-pelajar dan guru. Ianya hasil daripada sumbangan YB Dato' Mohamed Khaled B. Nordin dan pihak PIBG SMK Sri Tebrau.Pada tahun 2002 menyaksikan bahagian pejabat telah dinaik taraf dan diperbesarkan bagi keselesaan kakitangan SMK Sri Tebrau dan pembinaan Astaka berhampiran dengan Pintu Pagar D. Dalam tahun 2003, sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina berhampiran dewan sekolah dan makmal ini dimuatkan dengan komputer bagi kemudahan pelajar aliran ICT. Tahun 2004 pula disusuli dengan pembinaan sebuah Balai Islam hasil sumbangan PIBG SMK Sri Tebrau dan peruntukan daripada YB Dato' Mohamed Khaled B. Nordin bagi tujuan program berkaitan dengan Pendidikan Islam. Kemudahan tempat letak kereta juga ditambah hasil sumbangan daripada Koperasi SMK Sri Tebrau Berhad. Kedudukannya terletak di sebelah kiri pintu masuk utama SMK Sri Tebrau berhampiran dengan Koperasi sekolah.

Pada tahun 2005, logo sekolah yang terdapat di blok A telah diperbesarkan dan diperbaiki. Kemudahan asas iaitu tandas guru wanita di blok B telah diubahsuai dan diperelokkan untuk keselesaan guru. Pembangunan sekolah tidak terhenti begitu sahaja, di mana pembinaan Bilik Mesyuarat yang kondusif untuk kegunaan guru diwujudkan pada tahun 2009. Bagi tahun 2012 pula, sumbangan dari Koperasi SMK Sri Tebrau Berhad dalam mengubahsuai bilik darjah kepada Bilik Bimbingan Dan Kaunseling yang mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Makmal Sejarah juga telah diwujudkan bagi kemudahan guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi subjek tersebut. Sebuah TV LED 42 inci telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, YB Mok Cher Hou manakala 2 buah papan maklumat elektronik telah ditaja oleh PIBG SMK Sri Tebrau bagi meningkatkan kemudahan ICT dan penyebaran maklumat dengan lebih jelas dan mudah bagi semua warga sekolah.

Di bawah ini merupakan senarai nama Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Sri Tebrau semenjak penubuhannya :

  1. Encik Ahmad Bin Parman (1984 hingga 1985)
  2. Encik Mohd Sharipudin Bin Mahmood (1986 hingga 1988)
  3. Encik Salamon Bin Sarip (1988 hingga 1992)
  4. Encik Yau Hook Leong (1992 hingga 1997)
  5. Cik Tan Mui Kim (1997 hingga 2001)
  6. Encik Koh Wee Huat (2001 hingga 2005)
  7. Puan Balwinder Kaur (2005 hingga 2011)
  8. Puan Hajah Habibah Binti Dol (2011 hingga sekarang) 

Sejarah Ringkas Sekolah

@ 07:21 | 0 Comment [s]



SMK Sri Tebrau merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan yang membangun pesat di Iskandar Malaysia iaitu di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini secara rasmi telah dibuka pada 1 Januari 1984 dan telah diterajui oleh 8 orang pengetua sehingga sekarang.


Dengan keluasan sebanyak 8 ekar ketika dibuka, SMK Sri Tebrau hanya mempunyai 3 buah blok yang mengandungi 10 buah bilik darjah, 2 bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), 3 makmal sains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak. Pada tahun 1987, kemudahan sekolah ini telah ditambah dengan sebuah blok yang mengandungi 10 bilik darjah dan sebuah blok untuk 3 bilik makmal Sains Tulen. Pembinaan sebuah gelanggang serbaguna dan sebuah tempat letak kereta telah dibina pada tahun berikutnya
.



Pentadbir Sekolah

@ 06:54 | 0 Comment [s]



Puan Hajah Habibah Bt Dol
Pengetua SMK Sri Tebrau 
Bachelor Pendidikan Biologi (Universiti Sains Malaysia

Pengalaman Mengajar :

SMK Sri Tebrau 2011
SMK Kompleks Sultan Abu Bakar 2008
SMK Sri Tebrau 2007
SMK IJ Convent Johor Bahru 2003
SMK Taman Pelangi 2001
SMK Dato' Penggawa Timur 1993
SMK Laksamana Kota Tinggi 1991
SM Convent Batu Pahat 1989
SMK Tasek Utara 1985
SMK Sultan Ismail Johor Bahru 1982

Mata Pelajaran Yang Diajar : 
Amalan Bahasa Melayu (ABM)

Emel :
habibah_sritebrau@yahoo.com


Encik Panirselvam A/L Karumban
Penolong Kanan Pentadbiran
Ijazah Sarjana Muda Fizik Pengkhususan Matematik (Universiti Sains Malaysia)

Pengalaman Mengajar :

SMK Sri Tebrau 2011
Maktab Sultan Abu Bakar 2008
SMK Saint Joseph (B) Johor Bahru 1988
SMK Sri Kukup Pontian 1983

Mata Pelajaran Yang Diajar :
Fizik (Menengah Atas) dan Sains

Emel :
karumbanpanirselvam@yahoo.com


Cik Low Seow Vaun
Penolong Kanan HEM
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga Pengkhususan Matematik
(Universiti Putra Malaysia)

Pengalaman Mengajar :

SMK Sri Tebrau 1994
SMK Kulai Besar 1990
SMK Tg Mahmud Besut Terengganu 1985

Mata Pelajaran Yang Diajar : Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)

Emel : 
lseowvaun@gmail.com



Puan Wendy Seah
Penolong Kanan Kokurikulum
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Inggeris Kesusasteraan Pengkhususan Sejarah
(Universiti Malaya)

Pengalaman Mengajar : 

SMK Sri Tebrau 2006
SMK Sultan Ismail Johor Bahru 1988
SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur 1985
Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur 1983
Sekolah Tun Fatimah 1980
Sekolah Menengah Sains Selangor 1979
Sekolah Tun Fatimah 1978

Mata Pelajaran Yang Diajar : 
Bahasa Inggeris

Emel : 
wendytseah@yahoo.com

carta organisasi

@ 06:49 | 0 Comment [s]


*SILA KLIK PADA CARTA UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS






Aktiviti Sekolah

@ 01:24 | 0 Comment [s]

                                                     

Hari Sukan SMK Sri Tebrau telah berlangsung pada hari Khamis dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, YB Mok Chek Hou. Pemenang keseluruhan bagi acara tahunan ini telah dimenangi oleh pasukan Rumah Merah dan diikuti Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Anugerah Olahragawan telah disandang oleh Shamrisan Sandry dari 5 Seni 2 manakala Anugerah Olahragawati telah dimenangi oleh Hajah Nursyahieda Bt. Rosman dari 3UM. Syabas dan tahniah kepada pemenang. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang banyak membantu dalam menjayakan acara tahunan ini.

Setelah pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi, dengan penuh rasa syukur pada Allah S.W.T, akhirnya selesai juga program ini. Perancangan yang dibuat dari Januari 2012 pada awalnya banyak mendapat halangan terutamanya sumber kewangan memandangkan program selama 1 hari ini menelan belanja yang agak besar.

Program ini telah dilaksanakan pada 23 Jun 2012 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 80 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 terlibat dalam menjayakan program ini. Peserta dibahagikan kepada 16 kumpulan kecil dan bertempur di Johor Paintball Valley dengan menggunakan format bola sepak Euro 2012.

Pada dasarnya, program ini bertujuan dalam melatih peserta memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerjasama antara ahli dalam pasukan dalam menyelesaikan sesebuah misi atau tugasan. Di samping itu, peserta juga dapat menggilap atau membina kemahiran membuat keputusan (decision making), menyelesaikan masalah (problem solving) dan kemahiran komunikasi. Semoga program ini dapat diteruskan dan ditambahbaik pada tahun hadapan.

Takwim 2012

@ 00:56 | 0 Comment [s]


JANUARI 2012
  • 2 Jan          Pendaftaran Tingkatan 1
  • 3-4 Jan      Program Orientasi Tingkatan 1 dan Peralihan 2012
  • 12 Jan        Bengkel Kepimpinan Ketua & Penolong Tingkatan
  • 13 Jan        Mesyuarat Agung Sukan & Permainan
  • 14 Jan        Mesyuarat Agung Persatuan & Badan Unit Beruniform
  • 20 Jan        Mesyuarat Agung Rumah Sukan
  • 23-24 Jan   Tahun Baru Cina
  • 25 Jan        Cuti Peristiwa
  • 26-27 Jan   Cuti Ganti (11-2-2012 & 3-3-2012)

    FEBRUARI 2012
      • 5 Feb          Maulidur Rasul
      • 7 Feb          Thaipusam
      • 10 Feb        Program Bina Insan
      • 11 Feb        Sekolah Ganti (26-1-2012)
      • 13 Feb        Pelancaran Kempen Anti Dadah
      • 14 Feb        Program Kemahiran Belajar Sesi Petang
      • 18 Feb        Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Sri Tebrau
      • 24 Feb        Program AKUJANJI PMR
      • 28 Feb        Ujian Formatif 1
      • 29 Feb        Ujian Formatif 1

        Mac 2012
        • 1 Mac         Ujian Formatif 1
        • 3 Mac         Sekolah Ganti (27-1-2012)
        • 10-18 Mac Cuti Pertengahan Penggal 1
        • 24 Mac       Hari Kecemerlangan Kurikulum & Mesyuarat Agung PIBG 
        • 31 Mac       Larian Merentas Desa

          April 2012
          • 3 Apr          Teknik Menjawab - Sains & Matematik
          • 4 Apr          Program Motivasi PMR
          • 6-8 Apr       Kem Kepimpinan Kokurikulum SMK Sri Tebrau 2012
          • 10 Apr        Teknik Menjawab - Sejarah
          • 14 Apr        Sekolah Ganti (25-10-2012)
          • 20 Apr        Pameran Hari Kerjaya SMK Sri Tebrau

            Mei 2012
            • 1 Mei          Hari Pekerja
            • 5 Mei          Hari Wesak
            • 7 Mei          Program AKUJANJI SPM
            • 9-25 Mei    Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
            • 16 Mei        Sambutan Hari Guru
            • 26-31 Mei  Cuti Pertengahan Tahun

              JUN 2012
              • 1-10 Jun     Cuti Pertengahan Tahun
              • 12-13 Jun   Sukantara
              • 16-17 Jun   Program Motivasi Seni Sentuhan Hati
              • 18 Jun        Minggu Koperasi
              • 19-20 Jun   Acara Sebelum Sukan
              • 23 Jun        Kem Pengurusan Organisasi Kokurikulum SMK Sri Tebrau 2012
              • 28 Jun        Hari Sukan SMK Sri Tebrau 2012
              • 30 Jun        Hari Terbuka

                JULAI 2012
                • 10 Jul         Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
                • 11 Jul         Latihan Kebakaran
                • 13 Jul         Perkhemahan Hari Kokurikulum 2012
                • 14 Jul         Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012
                • 21 Jul         Awal Ramadan
                • 24-25 Jul   Ujian Formatif 2
                • 30 Jul         Pelancaran Program Kitar Semula

                  Ogos 2012
                    • 9-16 Ogos    Peperiksaan Percubaan PMR
                    • 18-26 Ogos  Cuti Pertengahan Penggal 2
                    • 19-20 Ogos  Hari Raya Aidilfitri
                    • 30 Ogos       Peperiksaan Percubaan SPM
                    • 31 Ogos       Hari Kemerdekaan

                      September 2012
                      • 3-21 Sept     Peperiksaan Percubaan SPM
                      • 16 Sept        Hari Malaysia
                      • 17 Sept        Cuti Ganti

                        Oktober 2012
                          • 9-16 Okt     Penilaian Menengah Rendah (PMR)
                          • 10-31 Okt   Peperiksaan Akhir Tahun 2012
                          • 25 Okt        Cuti Ganti (14-4-2012)
                          • 26 Okt        Hari Raya Aidiladha

                            November 2012
                            • 5-30 Nov   Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
                            • 10-30 Nov Cuti Akhir Tahun
                            • 13 Nov       Hari Deepavali
                            • 15 Nov       Awal Muharram
                            • 22 Nov       Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

                              Disember 2012
                              • 1-24 Dis     Cuti Akhir Tahun
                              • 20 Dis         Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
                              • 25 Dis         Hari Krismas

                              Etika

                              @ 00:55 | 0 Comment [s]


                              ETIKA

                              PRS perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika iaitu :

                              Amanah dan menyimpan rahsia
                              Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
                              Memahami batasan dan keupayaan diri
                              Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
                              Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain
                              Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
                              Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama


                              Visi dan misi

                              @ 00:55 | 0 Comment [s]


                              VISI

                              Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti

                              MISI

                              Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta cemerlang berdasarkan Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya

                              FALSAFAH

                              "BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN"

                              MATLAMAT

                              Melahirkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang berkemampuan membantu rakan secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :
                              • membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid
                              • membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepercayaan kepada Tuhan
                              • memupuk potensi dan bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat dan menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk
                              • melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan murid

                              pengenalan

                              @ 00:54 | 0 Comment [s]



                              Kajian luar negara dan tempatan telah membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja. Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya untuk mendapat panduan hidup yang mereka ingini. Jika rakan sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh negatif,  maka remaja itu akan terikut-ikut dengan perlakuan negatif juga. 
                              Oleh itu pelbagai usaha harus dijalankan supaya pengaruh negatif itu dapat digantikan dengan pengaruh positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat untuk menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Gejala inilah yang mendorong kita melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk mempengaruhi kawan-kawan melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi contoh teladan.


                              Oleh itu, khidmat 'murid bantu murid' merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Disebabkan murid adalah lebih ditemui dan dijangkakan lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

                              Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.

                              Hari Raya Aidiladha

                              Tuesday, 30 October 2012 @ 23:51 | 0 Comment [s]



                              Definisi Hari Raya Aidiladha ialah haji dan korban, dua ibadah yang dijalankan di bulan Zulhijjah memberikan seribu satu makna dan hikmah bagi mereka yang memikirkannya. Bagi yang memiliki kemampuan dan diizinkan Allah menjadi tetamuNya di Tanah Haram, pastinya ia merupakan satu memori yang menjadi kenangan abadi. Bagi yang belum diizinkan Allah untuk ke sana, sambutan Aidil Adha disambut dengan meriah di setiap ceruk rantau populasi masyarakat Muslim di dunia.

                              Pada 26 Oktober 2012 bersamaan 1433 hijrah, sekolah kami mengadakan penyembelihan lembu di surau yang berhampiran. Hampir 30 orang murid dan 15 orang guru hadir bagi memeriahkan majlis. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan. Selepas itu kami mengagihkan sebahagian daging tersebut kepada penduduk yang berhampiran. 

                              Pada keesokan harinya, kami mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di sekolah kami. Kami bergotong-royong untuk menyediakan hidangan. Setelah selesai, kami makan bersama-sama di dewan sekolah. Kemudian, kami mengemas semula dewan dan bersurai pada pukul 9.00 malam. Kami berharap majlis ini diteruskan untuk tahun hadapan dan tahun seterusnya.





                              Selamat Datang


                              Assalamualaikum. Selamat Datang ke Laman Web Rasmi SMK Sri Tebrau Diharapkan anda tidak jemu untuk singgah ke blog kami.

                              Translate




                              Follow by email

                              Personalisasi


                              Ahli PRS

                              Guru

                              Umum


                              Pilihan

                              Laman Utama

                              Maklum Balas

                              Muat Turun

                              FAQ


                              Sembang


                              The Credits!

                              Template by :
                              Created by : Aidil, Suaidah, Zulaikha

                              Hak Cipta Terpelihara PRS SMK Sri Tebrau 2012

                              Dasar Penafian
                              Setiap maklumat yang terkandung dalam laman blog PRS SMK Sri Tebrau adalah yang tepat dan terkini . Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting dan ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak PRS SMK Sri Tebrau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak PRS SMK Sri Tebrau berhak membuat perubahan tentang sebarang notis.

                              Hak Cipta
                              Dengan mengakses blog ini, anda bersetuju bahawa sebarang muat turun kandungan adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak PRS SMK Sri Tebrau.

                              Dasar Privasi
                              Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa anda melayari laman blog ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

                              Dasar Keselamatan
                              Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan untuk mencapai halangan yang tidak dibenarkan.