PRS SMK Sri Tebrau
Hari Raya Aidiladha

Tuesday, 30 October 2012 @ 23:51 | 0 Comment [s]



Definisi Hari Raya Aidiladha ialah haji dan korban, dua ibadah yang dijalankan di bulan Zulhijjah memberikan seribu satu makna dan hikmah bagi mereka yang memikirkannya. Bagi yang memiliki kemampuan dan diizinkan Allah menjadi tetamuNya di Tanah Haram, pastinya ia merupakan satu memori yang menjadi kenangan abadi. Bagi yang belum diizinkan Allah untuk ke sana, sambutan Aidil Adha disambut dengan meriah di setiap ceruk rantau populasi masyarakat Muslim di dunia.

Pada 26 Oktober 2012 bersamaan 1433 hijrah, sekolah kami mengadakan penyembelihan lembu di surau yang berhampiran. Hampir 30 orang murid dan 15 orang guru hadir bagi memeriahkan majlis. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan. Selepas itu kami mengagihkan sebahagian daging tersebut kepada penduduk yang berhampiran. 

Pada keesokan harinya, kami mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di sekolah kami. Kami bergotong-royong untuk menyediakan hidangan. Setelah selesai, kami makan bersama-sama di dewan sekolah. Kemudian, kami mengemas semula dewan dan bersurai pada pukul 9.00 malam. Kami berharap majlis ini diteruskan untuk tahun hadapan dan tahun seterusnya.





Selamat Datang


Assalamualaikum. Selamat Datang ke Laman Web Rasmi SMK Sri Tebrau Diharapkan anda tidak jemu untuk singgah ke blog kami.

Translate




Follow by email

Personalisasi


Ahli PRS

Guru

Umum


Pilihan

Laman Utama

Maklum Balas

Muat Turun

FAQ


Sembang


The Credits!

Template by :
Created by : Aidil, Suaidah, Zulaikha

Hak Cipta Terpelihara PRS SMK Sri Tebrau 2012

Dasar Penafian
Setiap maklumat yang terkandung dalam laman blog PRS SMK Sri Tebrau adalah yang tepat dan terkini . Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting dan ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak PRS SMK Sri Tebrau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak PRS SMK Sri Tebrau berhak membuat perubahan tentang sebarang notis.

Hak Cipta
Dengan mengakses blog ini, anda bersetuju bahawa sebarang muat turun kandungan adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak PRS SMK Sri Tebrau.

Dasar Privasi
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa anda melayari laman blog ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Dasar Keselamatan
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan untuk mencapai halangan yang tidak dibenarkan.