pengenalan
Wednesday, 31 October 2012 @ 00:54 | 0 Comment [s]
![]()
Oleh itu pelbagai usaha harus dijalankan supaya pengaruh negatif itu dapat digantikan dengan pengaruh positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat untuk menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Gejala inilah yang mendorong kita melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk mempengaruhi kawan-kawan melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi contoh teladan.
Oleh itu, khidmat 'murid bantu murid' merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Disebabkan murid adalah lebih ditemui dan dijangkakan lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.
| Selamat Datang ![]() Assalamualaikum. Selamat Datang ke Laman Web Rasmi SMK Sri Tebrau Diharapkan anda tidak jemu untuk singgah ke blog kami.
|