PRS SMK Sri Tebrau
maklumat sekolah

Wednesday, 31 October 2012 @ 07:27 | 0 Comment [s]


LATAR BELAKANG & SEJARAH

SMK Sri Tebrau merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan yang membangun pesat di Iskandar Malaysia iaitu di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini secara rasmi telah dibuka pada 1 Januari 1984 dan telah diterajui oleh 8 orang pengetua sehingga sekarang.

Dengan keluasan sebanyak 8 ekar ketika dibuka, SMK Sri Tebrau hanya mempunyai 3 buah blok yang mengandungi 10 buah bilik darjah, 2 bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), 3 makmal sains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak. Pada tahun 1987, kemudahan sekolah ini telah ditambah dengan sebuah blok yang mengandungi 10 bilik darjah dan sebuah blok untuk 3 bilik makmal Sains Tulen. Pembinaan sebuah gelanggang serbaguna dan sebuah tempat letak kereta telah dibina pada tahun berikutnya.

Pembangunan sekolah tidak berhenti di sini sahaja. Ini terbukti apabila pada tahun 1990, sebuah blok dengan kapasiti 8 bilik darjah telah dibina dan perluasan ruang kantin dilakukan untuk kemudahan warga SMK Sri Tebrau. Pada tahun yang sama juga, sebuah tempat menunggu bas di Jalan Cokmar 5 yang ditaja oleh Kelab Rotary Tebrau dibina di hadapan sekolah manakala sebuah dewan terbuka telah ditaja oleh PIBG SMK Sri Tebrau dan anggota Regimen Askar Melayu Di-Raja Batalion 15 Kem Majidee.Pada tahun 1994, setiap Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab di SMK Sri Tebrau telah diamanahkan sebuah taman angkat untuk diuruskan bagi mencantikkan kawasan sekolah. Sebuah blok 3 bilik darjah juga telah dibina sekitar tahun 1995 dan dewan terbuka telah diubahsuai menjadi dewan tertutup. Pada tahun berikutnya, pagar di hadapan sekolah telah diganti baru hasil sumbangan Kelab Rotary Tebrau.Sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan sekolah, sudut bacaan dan taman koperasi pada tahun 1997 manakala tahun 1998 Kelab Rotary Tebrau sekali lagi menaja bagi pembinaan laluan pelajar dari Pintu Pagar B ke kantin.

Pada tahun 1999, sudut bacaan pula dibina untuk dijadikan perpustakaan baru yang lebih besar dan selesa untuk pelajar-pelajar dan guru. Ianya hasil daripada sumbangan YB Dato' Mohamed Khaled B. Nordin dan pihak PIBG SMK Sri Tebrau.Pada tahun 2002 menyaksikan bahagian pejabat telah dinaik taraf dan diperbesarkan bagi keselesaan kakitangan SMK Sri Tebrau dan pembinaan Astaka berhampiran dengan Pintu Pagar D. Dalam tahun 2003, sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina berhampiran dewan sekolah dan makmal ini dimuatkan dengan komputer bagi kemudahan pelajar aliran ICT. Tahun 2004 pula disusuli dengan pembinaan sebuah Balai Islam hasil sumbangan PIBG SMK Sri Tebrau dan peruntukan daripada YB Dato' Mohamed Khaled B. Nordin bagi tujuan program berkaitan dengan Pendidikan Islam. Kemudahan tempat letak kereta juga ditambah hasil sumbangan daripada Koperasi SMK Sri Tebrau Berhad. Kedudukannya terletak di sebelah kiri pintu masuk utama SMK Sri Tebrau berhampiran dengan Koperasi sekolah.

Pada tahun 2005, logo sekolah yang terdapat di blok A telah diperbesarkan dan diperbaiki. Kemudahan asas iaitu tandas guru wanita di blok B telah diubahsuai dan diperelokkan untuk keselesaan guru. Pembangunan sekolah tidak terhenti begitu sahaja, di mana pembinaan Bilik Mesyuarat yang kondusif untuk kegunaan guru diwujudkan pada tahun 2009. Bagi tahun 2012 pula, sumbangan dari Koperasi SMK Sri Tebrau Berhad dalam mengubahsuai bilik darjah kepada Bilik Bimbingan Dan Kaunseling yang mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Makmal Sejarah juga telah diwujudkan bagi kemudahan guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi subjek tersebut. Sebuah TV LED 42 inci telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, YB Mok Cher Hou manakala 2 buah papan maklumat elektronik telah ditaja oleh PIBG SMK Sri Tebrau bagi meningkatkan kemudahan ICT dan penyebaran maklumat dengan lebih jelas dan mudah bagi semua warga sekolah.

Di bawah ini merupakan senarai nama Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Sri Tebrau semenjak penubuhannya :

  1. Encik Ahmad Bin Parman (1984 hingga 1985)
  2. Encik Mohd Sharipudin Bin Mahmood (1986 hingga 1988)
  3. Encik Salamon Bin Sarip (1988 hingga 1992)
  4. Encik Yau Hook Leong (1992 hingga 1997)
  5. Cik Tan Mui Kim (1997 hingga 2001)
  6. Encik Koh Wee Huat (2001 hingga 2005)
  7. Puan Balwinder Kaur (2005 hingga 2011)
  8. Puan Hajah Habibah Binti Dol (2011 hingga sekarang) 


Selamat Datang


Assalamualaikum. Selamat Datang ke Laman Web Rasmi SMK Sri Tebrau Diharapkan anda tidak jemu untuk singgah ke blog kami.

Translate




Follow by email

Personalisasi


Ahli PRS

Guru

Umum


Pilihan

Laman Utama

Maklum Balas

Muat Turun

FAQ


Sembang


The Credits!

Template by :
Created by : Aidil, Suaidah, Zulaikha

Hak Cipta Terpelihara PRS SMK Sri Tebrau 2012

Dasar Penafian
Setiap maklumat yang terkandung dalam laman blog PRS SMK Sri Tebrau adalah yang tepat dan terkini . Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting dan ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak PRS SMK Sri Tebrau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak PRS SMK Sri Tebrau berhak membuat perubahan tentang sebarang notis.

Hak Cipta
Dengan mengakses blog ini, anda bersetuju bahawa sebarang muat turun kandungan adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak PRS SMK Sri Tebrau.

Dasar Privasi
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa anda melayari laman blog ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Dasar Keselamatan
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan untuk mencapai halangan yang tidak dibenarkan.