
|
Kaedah Pemilihan PRS
Wednesday, 31 October 2012 @ 09:40 | 0 Comment [s]
Pemilihan murid-murid PRS adalah melalui
beberapa kaedah antaranya :
1. Mengiklan dan mempelawa permohonan murid melalui pengumuman semasa
perhimpunan sekolah, kempen dari kelas ke kelas atau poster dan maklumat papan
notis.
2. Menyediakan borang permohonan untuk proses pemilihan.
3. Mengadakan sesi temuduga untuk mengenalpasti calon-calon yang
sesuai.
·
Pemilihan melalui rakan sebaya
·
Pemilihan melalui Pengetua / Penolong
Kanan dan guru-guru
·
Pemilihan melalui Guru
Bimbingan dan Kaunseling
·
Pemilihan oleh PRS yang
berpengalaman
·
Pemilihan dari kalangan murid
yang mempunyai rekod salah laku disiplin
·
Pemilihan secara objektif –
melalui penggunaan alat-alat pengukur yang sedia ada seperti ujian-ujian
personaliti, sikap, kerjaya, minat dan konsep kendiri
Kriteria Pemilihan PRS
@ 09:39 | 0 Comment [s]
Antara ciri-ciri murid yang boleh
dipilih sebagai PRS di sekolah adalah seperti berikut:
1. Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan
orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik.
2. Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan,
memahami, menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima
tanpa syarat, jujur dan tulen).
3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri.
4. Terampil dalam aspek akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan spiritual.
Definisi & Rasional
@ 09:38 | 0 Comment [s]
Definisi
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang
murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling.
Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi
nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang
pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat
serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
Rasional
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini
masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat ‘murid membantu
murid’ merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang
tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih
memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan
murid yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk
meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
·
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin
bertambah.
·
Bertambah masalah salahlaku
dalam kalangan murid. Murid memerlukan bimbingan dan perhatian PRS sebagai
khidmat sokongan.
·
Membantu khidmat bimbingan dan
kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan dan perkara
lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.
Sejarah Perkembangan PRS
@ 09:37 | 0 Comment [s]
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah
Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama.
Sehingga tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di
Institut Aminuddin Baki.
Projek perintis di empat buah sekolah
iaitu SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya, SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur, SM Sains
Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek
ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986
hingga bulan November 1986.
Laporan perkembangan latihan tersebut
telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara
(IPPN-IAB sekarang, Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian
Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor, yang telah
menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah
lagi.
Rentetan daripada laporan tersebut, satu
Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling
Jabatan Pelajaran Negeri serta semua Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling.
IPPN (IAB) tetlah menerima peruntukan
dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang
relevan untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang
dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia
dan melatih Guru Bimbingan dan Kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.
Pada 9 November 1987 satu mesyuarat
menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh
Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua Sekolah, Ketua Penolong
Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah
Maktab Perguruan.
Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988,
seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30
orang) dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang) telah mengikuti kursus tersebut.
33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli
Yang Maha Mulai Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu
Bakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut
Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.
Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu
bengkel meneliti modul telah diadakan di IAB. Pada Perasmian Program Kepimpinan
PRS Kebangsaan di Hotel KL Plaza, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2008 yang
disempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Razali Ismail Timbalan Menteri Pelajaran
Malaysia, Pengasas PRS, iaitu Pn. Zuraidah bt Abdul Rahman telah diberi
penghormatan memperkenalkan vest rasmi PRS, logo serta lagu PRS.
| Selamat Datang ![]() Assalamualaikum. Selamat Datang ke Laman Web Rasmi SMK Sri Tebrau Diharapkan anda tidak jemu untuk singgah ke blog kami.
|